DEFINISI MAKANAN
Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan
- Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan
- Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan
- Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup
- Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian
DEFINISI MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
CARA MAKANAN SEIMBANG YANG DISARANKAN BAGI KANAK-KANAK
- Makan pelbagai makanan
- Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur- sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari
- Kurangkan makanan yang diproses
- Makan buah-buahan dan sayur- sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih
- Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil
- Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari
PIRAMID MAKANAN
No comments:
Post a Comment